Tuesday, July 21, 2009

Unpublished masterpiece!

"Umi... tolonglah baba.... esok kak Ramlah tu mesti mintak lagi karya ...."
" Ayyooo umi dah berkarat lah ba... tak de idea lah...."
" Sedap jer umi tulis...."
" Tu masa umi remaja.... tengah cun melecun... sekarang umi dah tua... tak larat lah nak tulis2 ni..."
(escapism...cari alasan...)
" Umi! Jangan lah cakap macam tu.. tak tua lagi la..."

anak2 dah tidur... umi tengok baba buka almari belek2 khazanah lama yang tak tersusun... cuma sumbat2 jer dlm almari...tak ada masa pun nak mengemas lagi...
Umi! Kembara lah!
Baba mengeluarkan satu fail kertas... di dalamnya tersusun beberapa set majalah KEMBARA yang sudah pun berwarna kekuningan.... larut di dalam peredaran usia....

Sambil2 membelek baba tersengih sorang2, malas ler pulak umi nak join baba, nak siapkan buku rekod dulu.... tak lama... umi tengok baba dah susun2 balik buku2 yang bersepah atas meja... aik! Nak tidur dah? Ngantuk lah umi....

Tinggal lah umi sorang2, mengantuk jugak ni... dah pukul 1 pagi... Umi belek2 fail kembara... umi terjumpa beberapa helaian bercetak tulisan hijau... bertajuk

CATATAN YOMAN: The First Generation...


Umi ingat lagi.... ini sebahagian dari karya penulis projek BUKU... antara penulisnya umi, baba, ammu fazly, acik Midah, ammu Wahid Sehat, Badrul Hisyam, Khairul Amaliah... yang siap bahagian masing2 cuma baba, fazly dan wahid Sehat.... tetapi yang umi pegang sekarang ni cuma catatan baba dan sebahagian dari catatan fazly... yang lain2 pergi mana ye?

Bila baca terasa balik semula ke hari pertama kami sampai di kampus al al bayt.... Dah terlalu lama catatan-catatan ni... betul kata baba, kami dah mendahului zaman tulis travelog, but still unpublished! Sudah terlalu lama... tak silap umi tercetus selepas pemergian 5 sahabat dalam tragedi kemalangan di Aqaba...1995?Sejak itu umi mula kumpul geng2 yang boleh join tulis cerita tentang kami di al al bayt... tapi projek ini terhenti begitu saja... bila dah sampai final year tumpuan dan komitmen masing2 pun dah berubah... contohnya umi dan baba sempat lagi kahwin tu!


Umi tak sedar bila umi terlelap... tapi yang pasti umi ingat umi sampai ke queen alia intl airport dan terus ke Amman, singgah di mat'am quds - makan maqlubah!

No comments: