Monday, March 30, 2009

We're BACK!

Jajarkan ke Tengah
(gambar ini umi snap di kolam ikan depan bilik guru di SEMEKAR... hu hu hu...)

Salam rindu. Rindu yang teramat rindu dari kami sekeluarga di CK. Sepatutnya Mac ini kami menyambut ulang tahun 1 tahun Ceritakudat di alam bloggers. Kerana transisi yang berlaku di dalam kehidupan kami maka CK terpaksa kami lupakan buat seketika.


Di rumah sekarang streamyx tak disambung lagi. Kat sekolah pun tak punya masa nak online. Sesi kali ini umi kena mengajar 30 masa seminggu. Ada harinya umi tak sempat duduk pun. Ini pun umi overtime datang sekolah awal pagi bersama abang Khayr , Umayr dan Dhuha. Sepatutnya umi siapkan slide powerpoint untuk proposal projek umi lusa tapi terupdate CK lah pulak. Kerana CK tak menyambut hari lahir, Umayr, umi dan Dhuha pun turut ter-miss hari lahir. Gamaknya nanti kami semua kena buat kenduri besar untuk sambut hari lahir kami semua serentak!

Jemput2 lah semua mencicip nostalgia kami di CK. Kami amat2 merindui kalian. Buat masa ini CK akan kekal begini... belum ada lagi cadangan untuk mengubah nama atau merubah wajah CK.
Cerita2 baru di sini banyak tak tercerita, tapi bila takde kamera rasa 'putuh angin ' lah pulak!

OK! We' re back.... jeng!jeng!jeng!

1 comment:

~Ibu Anggun~ said...

salam buat sekeluarga..

akhirnye ade jugak update CK ni..
harap2 sumer sihat dan ceria di tempat baru..

selamat Ulang Tahun!! :)