Tak pernah CK tak di update lama cam ni.... Bukannya masalah ketiadaan line di kampung, tapi geng CK semuanya sibuk belaka!(sebuk bercuti....). Jadi supaya tak ketinggalan sangat di sini adalah rakaman kronologi penting bermula CK bercuti hingga ke hari ini.
20 NOV :
Alhamdulillah, akhirnya berkat doa semua-tiket balik kampung diperolehi jua. Tarikh terbang terpaksa ditunda ke 25hb... Tak mengapalah, janji dapat kelik kelate!Terima kasih bebabyak ler pada COMETRA TRAVEL yang banyak memudahkan urusan re-issued tiket2 kami!
24 NOV :
Pagi-pagi lagi Kakak Pidah datang tolong umi dan baba mengemas rumah. Kunci kami tinggalkan satu untuk Kakak Pidah supaya senang datang tengok2 rumah...Setelah bersalaman dengan Uncle Febian sefamili, kami meninggalkan bandar Kudat. Bermalam di rumah Alang di Kinarut sementara menanti keesokan hari... sempat jua pekena kari ikan putih spesel Mak Lang!20 NOV :
Alhamdulillah, akhirnya berkat doa semua-tiket balik kampung diperolehi jua. Tarikh terbang terpaksa ditunda ke 25hb... Tak mengapalah, janji dapat kelik kelate!Terima kasih bebabyak ler pada COMETRA TRAVEL yang banyak memudahkan urusan re-issued tiket2 kami!
24 NOV :
25 NOV :
Penerbangan ke KL jam 12.30 thari. Mujur lah Awfa tidur... tapi bila time stewardess hidang makanan Awfa bangun dan kacau makanan umi dan abang Khayr... sabar sajalah dengan si Awfa ni! Dhuha dan Umayr duduk sebaris dengan baba di depan. Di KLIA acik ES sudah menunggu...Singgah di Sepang bersalin pakai di teratak beliau dan Kak Ila. Terima kasih yang amat, layanan istimewa buat tetamu yang transit di rumah. Malamnya umi dan anak-anak pulang ke Kelantan. Baba menanti esok untuk ke Putrajaya bagi urusan maha penting!
Umayr dan abang Khayr sedih masa babai baba! Alahai macam lah nak pergi jauh sangat... balik kelate jah heh! Oleh kerana Abang Khayr, Umayr dan Dhuha baik-baik perangai umi belanja mainan dan coklat kat Duty Free!
26 NOV :
Baba berurusan di Putrajaya, ketemu ammu Yus (Yusni Yusak)... besfren baba sewaktu di pengajian dulu. Sempat bergebang mengenai perkembangan diri dan famili masing-masing. Gelihati juga bila mengenang kembali kisah2 silam... 4 tahun tak jumpa, macam-macam cerita!
27 NOV :
Baba terbang ke Kelantan. Ayah Ming ambil di LTSIP. Bersamanya tokmi PC ,langsung ke Machang. Jam 2 majlis solat hajat perkahwinan ayah Ling. Spesel juga hidangan hari ini- ada solok, kerabu penang , ayam goreng berempah dan daging gulai darat!Malam-di masjid besar Kuala Krai berlangsung majlis akad nikah. Baba menjemput acik Aziz turut serta menyeri dan meramaikan majlis.Hanya Dhuha dan Awfa saja yang umi bawa... yang lain kena tinggal!
28 NOV :
Ke Kuala Krai sekali lagi. Majlis Berarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Visualnya tersimpan di sini. Meriah meskipun serba sederhana! Tahniah ayoh Ling dan Mok Na!Anok beranok mace semua turun! Termasuk Uncle BOBO yang bawa van! Seronok nampaknya abang Khayr, Umayr, Dhuha, Mok Da dan Mok Eleen!
2 DEC :
Ekspres Mutiara jam 10 malam ke KL membawa umi dan baba. Abang Khayr, Umayr, Dhuha termasuk Awfa kena tinggal... babaiii... Umi nekad tinggal Awfa...lagipun tak lama...1 hari 2 malam saja...
3 DEC :
Masih awal pagi ketika tiba di Hentian Putra. Selepas sarapan di kafe HP umi & baba ambil LRT dari PWTC ke Masjid Jamek, kemudian LRT PUTRA dari Masjid Jamek ke KLCC! Tak sangka pula kena bersesak begitu sekali! Rupanya tu time puncak orang pergi kerja!... Premis belum pun buka. Melepas lelah di anjung Masjid Asy Syakirin sambil terhibur dengan kanak-kanak seusia abang Khayr, Umayr dan Dhuha yang sedang mengikuti program cuti sekolah-menghafaz Al Quran!
Ronda-ronda Suria KLCC... Ke Kinokuniya...syurga ulat buku. Umi borong sakan buku kanak-kanak yang bukan murah harganya! Buku 'pop-up' yang amat kreatif...bakal menjadi sumber inspirasi suatu hari nanti! Lepas beli buku makan nasi beriani di food court- SEDAP!
Tengahari:Acik ES datang mengambil umi dan baba. Hotel De Palma Ampang menjadi destinasi... Bilik mewah untuk umi dan baba, tanpa membayar walau sesen! Sampai sekarang siapa yang taja masih belum tahu. Misteri!
Jam 3 petang, umi dan baba ke Restoren Seri Melayu. Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Kreatif... Alhamdulillah, Sony Ericson G900 jadi milik umi! Tahniah!!(sebenarnya share ngan BABA!)
Petang: umi shoping2 di Ampang Point, baba jalan2 dengan acik Es.
Maaf buat Kasehkami dan rakan blogger-Halym UYI...kami kesuntukan masa untuk ketemu kalian!Next time ok..:)
4 DEC :
Jam 07.30 pagi, selepas sarapan serba enak di hotel umi&baba ambil teksi ke stesen LRT terdekat.Senang. Direct terus dari Ampang ke PWTC! 10.30 pagi naik Saniekspress-pulang ke pangkuan anak-anak! Kami bagi 5 bintang untuk syarikat bas baru ini!Cubalah!Selesa!!!
5 DEC :
Alang sefamili sampai dari Johor. Anjang menyambut mereka di stesen Wakaf Bharu terus membawa mereka menginap di Bendang Ketong Ville.
8 DEC :
Eid Adha Mubarak. Umi dan Awfa di Machang. Baba di PChepa bersama Abang Khayr, Umayr dan Dhuha. Selesai solat raya, ambil umi dan awfa ke Palekbang. Anjang dan Alang bikin korban. Petang abang Khayr adik beradik berhimpun bermain dengan sepupu sepapat... Selain keluarga Anjang dan Alang, Pak Teh sefamili turut menggamatkan suasana. Tanpa disangka,Uncle Maz pun datang bawa abang Ci dan Cu. Paling seronok, abang Khayr dan sepupu main bola ramai-ramai depan rumah anjang yang penuh dengan air hujan... Awfa tergetek2 kaki nak join sama. Malam: Tidur di rumah tokmi!
09 DEC:
2 dewasa dan 8 kanak-kanak memenuhkan kereta waja balik ke Machang! Abg Fais, Kak Chah, Ariq dan Sheebee beria2 nak ikut sebab nak tengok kambing dan biri2 kena sembelih ! Petang itu semua ternganga-nganga mulut melihat 2 ekor biri2 dan 1 ekor kambing tumbang!Semua ini diniatkan untuk aqiqah Dhuha dan Awfa!
10 DEC :
Bekwah bawa balik Menantu !Cuaca redup tanpa hujan. Baba tiba dari PChepa bersama Alang sekeluarga, Tok Mi, Pak su Jai dan tetamu istimewa... Kedy, KIman dan anak-anak , acik Es seisi famili yang datang bercuti di pantai timur.
11 DEC :
Ke Pengkalan Kubor... bersama keluarga acik ES. Shoping sakan nampaknya Kak Ila... Abang Khayr dan Faiz saling mengusik. Comelnya Alissa dan Asilla...wiwit!
Selesai agenda shoping, acik ES bertolak ke Penang. Abang Khayr dan Umayr bertegas tak mahu pulang ke Machang. Petang, dengan jersi baru, main bola depan rumah...dengan Asyraf (abe). Malam-selepas majlis bacaan yasin dan solat isyak, persembahan cucu-cucu tokmi... Juruhebah...paksu jai! Sakit perut ketawa...
13 DEC (hari ini) :
Kembali ke Machang. Itu pun setelah dipujuk paksa! Petang- Acik Arsyad JPJ dan Cik Nor datang ziarah dari Terengganu. Kemudian, beramai-ramai hantar sumi di KIAS dan ayah Wae di Tahfiz Sains di Berangan...siap sesat lagi!
Sekarang... semua kepenatan dan ralit dilayan mimpi... Umi dan baba pun dah mengantuk... Ada debar menanti 16 Dec nanti... Apa ya? Tunggulah...dub dab dub dab...





2 comments:
salam..panjangnyaaa up date blog..selamat bercuti ! moga aada berita baik 16 dec...saya doakan moga Allah permudahkan urusan..
hai kak syifa... seronok balik kampung kan.
bila nak turun KL lagi? muez di bandar kinrara dekat je dengan tempat2 yang kak syifa pergi waktu di KL tempohari.
Post a Comment